Pengenalan
Bank merupakan satu daripada unsur dalam bantuan perniagaan. Perniagaan yang besar lebih banyak menggunakan perkhidmatan bank. Dalam memenuhi kehendak dan keperluan perbankan, terdapat dua jenis sistem perbankan yang di amalkan di negara ini, iaitu sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam.
Bank adalah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti penyimpanan. Pembayaran dan pembiayaan yang pelbagai kepada semua orang sama ada peniaga mahupun orang ramai.
Terdapat pelbagai jenis bank di Malaysia. Setiap jenis bank mempunyai fungsi yang berbeza tetapi hampir semua bank tersebut mempunyai tujuan yang sama. Antara jenis bank yang terdapat di Malaysia ialah :
- Bank Pusat
- Bank Perdagangan
- Bank Perdagangan – Bank Islam
- Bank Saudagar
- Bank Badan Berkanun
- Bank Koperasi
|